Friday, May 22, 2009

Dilemma Dua Alam

Ada masanya kite rase kehilangan, sesuatu di dalam hidup ini, aku pun juga pernah rasa kehilangan, apa yang aku tulis didalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman aku atau analisis perkara yang pernah berlaku didepan mataku sendiri. Adakalanya hidup ini amat keras, lembut, atau tiada.

Apabila hidup menjadi keras amat keras kepada hidup kita, kita inginkan kebebasan, dari masalah-masalah tersebut, dan bila kita tak tahan lagi, kita hanya meminta di beri satu hari untuk kita dilepaskan dari segala memori, diberi hidup baru untuk membina semula apa yang telah hancur.
tapi adakah kita sanggup untuk melepaskan semua yang tidak dimusnahkan juga??

Aku menulis ini specifically untuk golongan umur macam aku, late teens to young adults, kerana aku tahu, time2 ni lar kita berada di dalam tahap "confusion". Kita tak menentu tentang hidup, tiada kepastian dan tiada keselamatan tentang hari esok. Ada hari kita bergelak2 ada hari kita jatuh menangis. itulah kita. Masalah -masalah seperti memilih pekerjaan, hubungan, ibu bapa dan duit adalah suatu kepastian! hahahah... itulah kita,

Setelah aku teliti dan berfikir dalam2 pada tahap kemampuan aku. Aku rase masalah yang timbul ini banyak dilahirkan oleh ketamakkan hidup, ketamakkan untuk melebihi orang di sebelah kita, ataupun hanye terlalu mengejar langit lupa tanah dipijak, kita terlalu tidak sabar dan tidak berjaya untuk melihat masa depan.

Kita harus akui kita hidup dengan penuh impian tetapi penuh juga keraguan

Kita telah jatuh menjadi seseorang yang zalim terhadap diri sendiri, kita ingin memiliki sesuatu bukan milik kita lagi(not yet), sebelum layaknya kita.Kita lupa apa yang penting. Kita rasa bahawa ape yang dikatakan indah itu boleh dicapai pada waktu muda ini sedangkan kita masih terlalu awal untuk mengendalikannya, sebagai contoh:

Cinta.
-Cinta mungkin menambahkan seri dalam kehidupan kita ini.Tapi, Sangat perlukah kita terhadapnya bagaikan udara yang kita hirup? walaupun tidak, tapi apabila kita kehilangannya, kita bagaikan hampir mati dibenam kesedihan. Kita merasakan hidup kita ini kejam, tapi apda sebenarnya adalah kita yang kejam kepada diri kita kerana mengambil sesuatu yang tidak diperlukan lagi.

Duit
-Seberapa banyak duit kah kita perlu dan untuk aper? aku tahu, aku pun enjoy beli kasut, baju baru. tapi kenapa? untuk diperagakan kepada golongan apa? kepada rakan2? mereka juga golongan tiada pasti, golongan dewasa? mereka masih melihat kita ini kanak2. Duit sepatutnya kita gunakan dengan bijak. Pastikan tujuan setiap pembelian itu memberi manfaat dan lebih baik, manfaat pada masa2 akan datang.

Populariti(status)
-siapa yang tidak ingin dipandang tinggi? diberi penghargaan, di hormati dan diMInati, hahaha!
tapi apa yang telah kita lakukan?? lakukan untuk dapat penghargaan ini?, kebanyakkan kita hanya mengikut trend, memilik lebih duit dan berlagak cool, layakkah kitA?

The 3K,kebebasan,keseronokan & kesabaran
-Aku nak rase apa member2 aku ceritakan! macam best seyh! hahahaha...
Tiba2 parent's tak bagi, argh! kenapa member2 aku bley? alah, bukan ape2 pun,
parent aku tak nampak aper aku nampak. they all tak memahami.
sound familiar???
kebebasan adalah suatu benda yang amat merbahaya, yang dikawal oleh ibu bapa,
kesabaran memang tiada, kita ingin mersai semua seperti kita akan mati esok,
kesenorokan akan datang dari keinginan yang dipenuhi, adakah keinginan kita sentiasa baik?
pintas, di peringkat ini, kita senang lalai, lalu kite perlukan panduan. jika kita berpanduan, kita akan merasa setiap satu dari 3K ini, kerana panduan akan menjadi tali pengikat jiwa dari kelalaian, bersabarlar .

Banyak yang aku belajar dari setiap perkara yang berlaku jika aku berhenti seketika hanya untuk memikirkan tentang perkara itu. Bersendirian seketika waktu, bukanlar susah, try it.
Hidup ini bagi kita tidak lar sgt susah jika kita tahu aper yang kite perlukan dan tidak mengambil sesuatu yang belum boleh menjadi hak kita, kerana hidup kita memang tidak ada janji, kita hanye bersedia, bersedia cukup2 lar untuk kita mengambil hak kita itu..

Percaya, aku percaya, tiada langit tidak boleh dikecapi
tapi jika hanya aku tahun berapa jaraknya dari tanah aku berdiri,
supaya aku boleh bersedia dan bangun kembali apabila aku jatuh,
tapi aku bahagia, tanah telah menemani ku lama,
dia lar cinta.

2 comments:

P.T.Quah said...

Interesting post.Well said in words like when we have discuss over coffee.You should put this down in a thesis.

P.T.Quah said...

One more thing sir can you get yourself a cbox.